Friday, March 17, 2017

Friday Special: Nasi Daging

Assalamualaikum WBT. Seriously dah lama sangat-sangat tak ber blogging. So today, kita masak NASI DAGING especially harini kan Jumaat, so macam kat Malaysia selalunya hari Jumaat ni makanan/masakkan nya sedap-sedap...

Well, yup I'm still in down under for another 9 month, due to another 1 year extension.

Every week I will make sure I masak 1 resepi yang berlainan. So let's check the recipe. Resepi ni I ambil daripada blog Azie Kitchen: Nasi Daging DISINI. BUT, I dah olah sikit-sikit.

As far as I concern, this is my second time I cooked Nasi Daging kat Aussie. Sebelum ni I tak ingat ambil recipe dari blog siapa.. Overall menu ni I buat dalam masa kurang daripada 2 jam dari awal sampai habis goreng papedom.




NASI DAGING

Bahan-bahan:
Daging potong kiub (jangan terlampau kecil dan nipis. Rebus dengan halia hingga lembut)
4 cawan beras (dibersihkan)
Air rebusan daging
1 cawan susu cair
2 sudu besar rempah kurma
Daun pandan
1 biji tomato potong dadu
Garam dan gula
Daun ketumbar (untuk hiasan)

Bahan tumis:
1 kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 biji bawang besar (dimayang)
1 ulas bawang putih (dimayang)

Bahan-bahan untuk Nasi Daging.

Rebus daging dengan halia sehingga empuk. Dalam 30 minit.
Cara-cara:
1. Basuh beras dalam rice cooker dan toskan airnya.
2. Panaskan minyak. Tumis bahan tumis hingga naik bau.
3. Masukkan rempah kurma, goreng hingga garing dan wangi.
4. Masukkan tomato, susu cair, daun pandan, gula dan garam. Biar mendidih.
5. Alihkan ke dalam rice cooker. Tambah air rebusan daging sehingga paras yang dikehendaki.
6. Akhir sekali baru masukkan daging dan kacau perlahan-lahan hingga sebati. Masak hingga nasi betul-betul masak.
7. Taburkan daun ketumbar.
8. Hidangkan bersama air asam.


AIR ASAM KERISIK


Bahan A: (Blend)
Pes asam jawa setengah sudu kecil
Cili merah
Cili padi
Tomato setengah biji
Belacan bakar (jika suka)
Kerisik satu sudu besar
Garam
Gula

Bahan B: (Potong)
Tomato setengah biji potong dadu
Bawang besar setengah biji potong dadu
Cili padi potong bulat

Cara-cara:
1. Blend bahan A. Tambahkan sedikit air (dalam suku cawan).
2. Campurkan bahan B ke dalam bahan A.
3. Gaul sebati. Perasakan dengan garam dan gula.

Bahan-bahan Air asam kerisik
Selalunya Nasi Daging ini hanya nasi dan air asam. Tapi for me tak lengkap meal tanpa sayur. So, saya tambah acar timun.


ACAR TIMUN



Bahan-bahan:
1 biji timun. buang kulit dan potong serong
Setengah biji lobak merah. Hiris halus
Nenas
Suku biji bawang besar. Hiris nipis
1 biji cili merah. Hiris nipis
Setengah biji limau nipis. Ambil jusnya (ni untuk menggantikan cuka)
1 pokok daun ketumbar. Hiris halus
Garam dan gula

Cara-cara:
Gaul semua hingga sebati. Perasakan. Siap!


TAMBAHAN: PAPEDOM


Tuesday, March 15, 2016

Lama gila tak update blog

Auch.. lama gila kot tak update blog. Harini baca blog Namee Roslan, penceritaan sangat menarik... so, baru lah teringat nak update blog. Almost 1 year...

After a year living in Australia, our journey comes to an end... we have another 9 months gitu kat sini... sedih gila kot... i have lotssss of friends here... originally from aussie, few from USA, singapore etc..

Last Saturday supposedly I join 1 makeup party... i love makeup.. so here, there's a product representative invited me to join... last minutes terpaksa cancel plan sebab we all ada guests. Complete with raffle uolz... and surprisingly i menang raffle...

The product is YOUNIQUE. I think it's originally from USA. Few months ago, my friend here bagi i dia punya "Moonstruck 3D Fiber Lashes". Sebab i memang nak beli, but kawan i cakap ambil dia punya sebab when she uses it, her eye lashes turns so huge.. Hahahaha... so i said, ok. I'll give it a try.

Oh my goshhhh... memang gile best... i punya bulu mata pendek2 kot... bila pakai tu serious rasa perfect gila... so sekarang i dah ada 2 Moodstruck 3D Fiber Lashes tu.. 1 my friend bagi, 1 i menang raffle. Happy gile..



The set consists of 1x transplanting gel 0.23 fl oz / 7 ml & 1x 3D fibers net wt. 0.02 oz / 0.5g. So cara nak pakai, firstly kene apply transplanting gel dulu. Buat sebelah dulu okay. Lepas tu apply 3D fibers dia.. dia akan nampak mcm messy. I mula2 pun cuak.. lepastu apply balik transplanting gel. And the result is extraordinary. 

See, i punya eye lashes kontot2 kan?

After applying 3D Fibers. A bit messyand huge at first.

Apply the second coat gel.

Jangan muntah tengok muka i okay.. just tengok eye lashes je ye.

Harga AUD 38.00. Ringgit Malaysia kira sendiri ye... 

Thursday, April 2, 2015

Happy 30th Birthday My Husband...

Happy Birthday my Love!!! Harini tak de update. Sebab busy baking birthday cake utk hubby.. 


I bought a birthday card for my husband last week. So yesterday, I print out a so call birthday card for Jazzmi to give to his Papa. Then I taught him how to write, bla bla bla.

Owh by the way, my husband was not supposed to coming home yesterday, because of his work. Surprisingly he came back yesterday's evening. Kelam kabut Iolz sorok segala kad. Then boleh lak Jazzmi bocor rahsia... uwaaaaaa. Dia ckp mama Jazzmi nak bagi papa... yang tulis-tulis tadi... I said, Jazzmi ssshhhhh ni rahsia... Then dia boleh mengaruk cakap nak bagi papa, yang tulis-tulis tadi... Hahaha. My husband cakap, hahaha kantoiiiii.... emmmmm...

This morning I dah plan nak bake choc cake moist utk my husband.. Again, surprisingly dia balik untuk break at 10am. Si Jazzmi boleh lak cakap papa, mama buat kek... Nak kek.. uwaaaaaaaaa.. Kantoi lagi....

Sekian.....

Wednesday, April 1, 2015

Feed Shark

SIMPLE BREAD PUDDING / PUDING ROTI SENANG GILE (BAKAR)

Well, hari ni bangun lambat. 8.00 pagi. Kat dapur ada few slices of bread, so decide nak buat SIMPLE BREAD PUDDING. Jazzmi suka. Previously letak kismis banyak-banyak. Tapi unfortunately Jazzmi tak suka grapes katanya. Ok, fine. Kali ni just letak choc chips je.. Very simple. Masa penyediaan 10 minit, masa masak 40-45 minit. Bahan-bahan pun very the simple giler... I just bubuh dalam bekas macam bawah ni je.. Kata simple... Main campak-campak je. Hahahaha



Okay, ni lah rhopenya bila dah masak. Fresh from the oven, memang tak letak topping apa-apa.

Bahan-bahan:

1. Roti - 5-6 keping
2. Butter / marjerin 
3. Choc chip - sesedap rasa
4. Kismis - sesedap rasa (kali ni I tak letak, Jazzmi tak suka)
5. Susu segar - 2 cawan (I guna measuring cup)
6. Gula pasir / gula halus / gula perang - 3 sudu besar (Resepi ni I guna brown sugar)
7. Telur - 2 biji
8. Esen vanilla - dalam 2 titik (I guna immitation vanila extract, sebab nya vanilla extract yang biasa kat sini contains alcohol)

Cara-cara:

1. Lenser (macamana ek eja? Hantam jelah) bekas yang nak digunakan dengan butter / marjerin. Keliling dan bawah. (Yang ni saya letak kulit-kulit roti, aritu buat sandwich, kulit roti I potong, bagi nampak hensem. So kali ni gunakan balik)


2. Sapu butter / marjerin pada roti depan belakang. I guna canola spread, sebab ni yang paling murah kat sini.


3. Potong roti kepada 4 / 6 bahagian & susun dalam loyang etc.


4. Tabur choc chip & kismis. I tabur choc chip je. Ok siap, ketepikan dulu.


5. Panaskan oven 170 deg celcius.


6. Dalam 1 bekas, sekalikan susu segar, telur, gula & esen vanilla.



7. Kacau gitu-gitu je sampai sebati.


8. Lepastu campurkan pada roti yang dah disusun dalam loyang. Tekan-tekan sikit dengan garpu.


 9. Dah settle, bakar pada suhu 170 deg celcius, selama 40 minit.


10. Taraaaa, siap... Naik uolz....


Senangkan, selamat membaking. Ni jelah modal aku... Hahaha...