Friday, March 17, 2017

Friday Special: Nasi Daging

Assalamualaikum WBT. Seriously dah lama sangat-sangat tak ber blogging. So today, kita masak NASI DAGING especially harini kan Jumaat, so macam kat Malaysia selalunya hari Jumaat ni makanan/masakkan nya sedap-sedap...

Well, yup I'm still in down under for another 9 month, due to another 1 year extension.

Every week I will make sure I masak 1 resepi yang berlainan. So let's check the recipe. Resepi ni I ambil daripada blog Azie Kitchen: Nasi Daging DISINI. BUT, I dah olah sikit-sikit.

As far as I concern, this is my second time I cooked Nasi Daging kat Aussie. Sebelum ni I tak ingat ambil recipe dari blog siapa.. Overall menu ni I buat dalam masa kurang daripada 2 jam dari awal sampai habis goreng papedom.




NASI DAGING

Bahan-bahan:
Daging potong kiub (jangan terlampau kecil dan nipis. Rebus dengan halia hingga lembut)
4 cawan beras (dibersihkan)
Air rebusan daging
1 cawan susu cair
2 sudu besar rempah kurma
Daun pandan
1 biji tomato potong dadu
Garam dan gula
Daun ketumbar (untuk hiasan)

Bahan tumis:
1 kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 biji bawang besar (dimayang)
1 ulas bawang putih (dimayang)

Bahan-bahan untuk Nasi Daging.

Rebus daging dengan halia sehingga empuk. Dalam 30 minit.
Cara-cara:
1. Basuh beras dalam rice cooker dan toskan airnya.
2. Panaskan minyak. Tumis bahan tumis hingga naik bau.
3. Masukkan rempah kurma, goreng hingga garing dan wangi.
4. Masukkan tomato, susu cair, daun pandan, gula dan garam. Biar mendidih.
5. Alihkan ke dalam rice cooker. Tambah air rebusan daging sehingga paras yang dikehendaki.
6. Akhir sekali baru masukkan daging dan kacau perlahan-lahan hingga sebati. Masak hingga nasi betul-betul masak.
7. Taburkan daun ketumbar.
8. Hidangkan bersama air asam.


AIR ASAM KERISIK


Bahan A: (Blend)
Pes asam jawa setengah sudu kecil
Cili merah
Cili padi
Tomato setengah biji
Belacan bakar (jika suka)
Kerisik satu sudu besar
Garam
Gula

Bahan B: (Potong)
Tomato setengah biji potong dadu
Bawang besar setengah biji potong dadu
Cili padi potong bulat

Cara-cara:
1. Blend bahan A. Tambahkan sedikit air (dalam suku cawan).
2. Campurkan bahan B ke dalam bahan A.
3. Gaul sebati. Perasakan dengan garam dan gula.

Bahan-bahan Air asam kerisik
Selalunya Nasi Daging ini hanya nasi dan air asam. Tapi for me tak lengkap meal tanpa sayur. So, saya tambah acar timun.


ACAR TIMUN



Bahan-bahan:
1 biji timun. buang kulit dan potong serong
Setengah biji lobak merah. Hiris halus
Nenas
Suku biji bawang besar. Hiris nipis
1 biji cili merah. Hiris nipis
Setengah biji limau nipis. Ambil jusnya (ni untuk menggantikan cuka)
1 pokok daun ketumbar. Hiris halus
Garam dan gula

Cara-cara:
Gaul semua hingga sebati. Perasakan. Siap!


TAMBAHAN: PAPEDOM


No comments:

Post a Comment